Saturday, March 14, 2009

Hanya semi untuk ku


14 March o9 - Salam, IIUM Shito-ryu Karate do club telah mengadakan satu 'friendly kumite tournaent' antara karateka UIA dan UiTM. Satu, program yang sangat memberansangkan. Alhamdulillah, penyertaan yang baik dari dua belah pihak UIA dan UiTM. Perlawanan bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 230 petang. Kedua-dua pihak memberikan tentangan sengit walaupun terdapat ketegangan emosi di pihak perempuan namun dapat dikawal dengan sangat profesional sekali. Di pihak perempuan karateka UIA yang di wakili oleh Shamsiah Mukhtar aka Kak Ecam telah berjaya menjadi juara.Tahniah!! Manakala di pihak lelaki, nasib tidak menyebelahi mereka kerana tiada siapa yang berjaya sampai ke final. Namun kredit harus di berikan kepada karateka-karateka UIA dan UiTM kerana menunjukkan semangat berjuang "fighting spirit" yang mantap. Setelah tamat program kami bersama-sama telah bergambar bersama-sama dan menambah kenalan sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan semoga program-program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa hadapan.

1 comment:

  1. steady...still u r the last man standing!!!trhe last karateka!!!haitt!!!

    ReplyDelete